Jumaat, 6 Mac 2009

Penilaian Tahap Kecekapan Admin-Terima Kasih Daun Keladi

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Admin Penilaian Tahap Kecekapan Pro mengalu-alukan dan mengucapkan terima kasih kerana mengunjungi laman blog ini.

Memandangkan Penilaian Tahap Kecekapan sudah menjadi satu kemestian dan kewajiban bagi semua kakitangan awam untuk anjakan gaji atau kenaikan pangkat, maka blog ini diwujudkan bertujuan membincangkan segala maklumat-maklumat terkini, tips-tips serta permasalahan yang dihadapi kakitangan awam berkaitan Penilaian Tahap Kecekapan.

Tuan-tuan boleh memberikan maklumbalas terhadap apa yang dibincangkan di sini dengan memberikan komen bagi setiap post yang dilakukan.

Diharap Blog Penilaian Tahap Kecekapan Pro ini mampu memberikan manfaat dan informasi berguna kepada semua yang terlibat. Sekian terima kasih.

Admin Penilaian Tahap Kecekapan Pro.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan