Jumaat, 6 Mac 2009

PenilaianTahap Kecekapan Membazir Dan Tiada Faedah, Kata Kesatuan

KUALA LUMPUR, 16 Nov -- Kesatuan Pegawai Pengangkutan Jalan Semenanjung Malaysia menyokong penuh langkah Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) untuk memboikot peperiksaan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) tahun depan.

Presidennya Hamzah Masri berkata sebagai anggota gabungan Cuepacs, kesatuan itu sudah membincangkan perkara berkenaan dan menyampaikan maklum balas daripada anggota pada persidangan Cuepacs kebangsaan untuk menyatakan pendirian mereka.



Dah lihat video ni....Benarkah Peperiksaan Tahap Kecekapan tidak efektif dan membazir???? apa pula komen anda????

Penilaian Tahap Kecekapan Admin-Terima Kasih Daun Keladi

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Admin Penilaian Tahap Kecekapan Pro mengalu-alukan dan mengucapkan terima kasih kerana mengunjungi laman blog ini.

Memandangkan Penilaian Tahap Kecekapan sudah menjadi satu kemestian dan kewajiban bagi semua kakitangan awam untuk anjakan gaji atau kenaikan pangkat, maka blog ini diwujudkan bertujuan membincangkan segala maklumat-maklumat terkini, tips-tips serta permasalahan yang dihadapi kakitangan awam berkaitan Penilaian Tahap Kecekapan.

Tuan-tuan boleh memberikan maklumbalas terhadap apa yang dibincangkan di sini dengan memberikan komen bagi setiap post yang dilakukan.

Diharap Blog Penilaian Tahap Kecekapan Pro ini mampu memberikan manfaat dan informasi berguna kepada semua yang terlibat. Sekian terima kasih.

Admin Penilaian Tahap Kecekapan Pro.